KERJAYA
Kerjaya merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan manusia. Melalui pekerjaan manusia mendapat rezeki untuk menyara hidupnya, memberi nafkah kepada orang yang berada di bawah tanggungannya serta berbakti kepada masyarakat.
untuk memilih karier apabila tamat belajar atau sedang merancang untuk menentukan pemilihan karier akan datang bukan suatu perkara yang mudah. banyak aspek yang perlu dilihat supaya pemilihan karier yang kita pilih itu akan mendatangkan kejayaan pada masa hadapan.
pada zaman yang mencabar ini, bukan setakat perkembangan karier sahaja yang penting tetapi anda kena fikir juga dari segi aspek kewangan yang mampu menyara diri anda dan keluarga pada hari esok.
sebab itu anda perlu fikir sebaik baiknya apabila memilih utk tukar kerjaya ataupun ingin fokus kepada kerjaya yg ingin anda ceburi
TIPS UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARI SALAH MEMILH KARIER
1) Dengar Kata Orang Lain
Ya, selalunya ramai yang akan mendengar kata org lain dlm pemilihan karier mereka. Contohnya mendengar kata ibu bapa, saudara mara, cikgu, kawan kawan dan sebagainya.
sebaiknya anda hanya mendengar sahaja... segala keputusan sepatutnya datang daripada diri anda bukan kerana "mendengar dan akur kata org lain"
anda kene sentiasa sedar, yang akan menjalani perjalanan sesebuah karier itu anda. bukan mereka. segala keputusan anda perlu bertanggungjawab ke atas diri anda sendiri bukan org lain.
pastikan setiap karier yg anda pilih itu adalah sesuatu yg anda minat & ingin lakukannya setiap hari tanpa wujud perasaan keterpaksaan
2) Ikut Jejak Langkah Orang Lain
jangan salah faham. ini bukan bermaksud mengikut jejak langah idola anda. tetapi maksud yg lebih besar disini adalah ikut jejak langkah org terdekaat anda spt keluarga dan sahabat baik.
jika di dlm keluarga anda semua seorng engineer, anda pun rasakan anda perlu menjadi seorang engineer, sedangkn jauh di sudut hati anda x berminat tetapi disebabkan perlu ikut norma jejak langkah, anda memilih kerjaya tersebut.
INGAT! apa yg terbaik buat mereka tidak semestinya baik untuk kita. ia lebih baik melihat diri sendiri bahagia dengan karier yg anda pilih drpd anda memilih karier "ikut jejak langkah" yg akhirnya tidak membawa kemana mana.
Berusaha Daripada Sekadar Berharap
SEMOGA BERJAYA!!
Comments
Post a Comment